Kisah kemelut rumah tangga pasangan pelakon sensasi, Aliff Aziz dan Bella Astillah terus menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, menerusi hantaran di media sosial ibu kepada Aliff, Hafiza Basharahil, yang seakan-akan memberikan sindiran kepada menantunya, netizen tampil membandingkan dengan keperibadian mentua Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail.

Tulis beberapa komen di ruangan posting Gempak, ada yang memuji sikap Datin Patimah yang tenang dan tidak menyalahkan menantunya dalam kemelut rumah tangga mereka.

“Anak dah curang 11x..boleh pulak mak duk back up lagi, jenis mak yang merosakkan anak sendiri..

“Mentua Puteri Sarah juga yang terbaik.. backup Puteri Sarah sebab mereka tahu anak mereka sebenarnya yang bermasalah bukannya menantu,” tulis seorang warganet.

Selepas membuat pendedahan sikap curang suaminya, ibu mentua Bella Astillah tampil dengan hantaran terbaharu di media sosial dipercayai menyindir aktres berkenaan.

Hafiza dalam hantaran di Instastory menggambarkan air mata seseorang mampu meraih simpati ramai serta menutup satu kesalahan.

Pada petang Rabu, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, secara terbuka mendedahkan Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam nada sebak dan air mata yang berjurai, Bella turut mendedahkan suaminya itu pernah berlaku curang dengan adik perempuannya sendiri iaitu Eriqa Astillah.

Bella pada temu bual sama turut menjelaskan dia hanya menggunakan pelakon baharu Muaz Zabir bagi membuatkan Aliff cemburu disebabkan pelakon asal Singapura itu curang dengan dua orang wanita.

Pada ada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula pada 4 April 2023 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Nama Aliff sebelum ini juga menjadi bualan hangat selepas dia ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu.