HIBURAN
Netizen Bangga, Nama & Pencapaian Siti Nurhaliza Dalam Buku Teks Filipina - "Wow, Our Queen"
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyorot perhatian netizen selepas nama dan kisah hidupnya dipercayai dipaparkan dalam sebuah buku teks sekolah menengah di Filipina.
Perkara itu mula mendapat perhatian selepas seorang pengguna TikTok dipercayai berasal dari Filipina meninggalkan komen bertanya kepada Siti mengenai perkara tersebut.
“Awak ke yang ada dalam buku teks Tingkatan 3 (Grade 9) di Filipina? Saya pernah nampak masa masih jadi pelajar Tingkatan 3. Buku teks subjek Filipina saya ada satu halaman kisah tentang awak,” tulis individu berkenaan.
Siti yang membaca komen itu kemudian membalas dengan tanda hati berwarna merah, seakan memberi isyarat jawapan kepada pertanyaan berkenaan.
Lebih mengujakan, ada juga individu lain yang turut berkongsi gambar halaman buku teks berkenaan sekali gus mengesahkan pencapaian penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa itu sememangnya dijadikan sebagai contoh dalam pembelajaran di negara jiran tersebut.
undefined Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan bangga apabila mengetahui Siti Nurhaliza menjadi sebahagian daripada buku teks rasmi di luar negara.
“She’s our living legend.
"Wah..masuk buku teks ye, subjek apa tu. kat buku teks sini takde pun masuk.
“Wow! Queen kita ada dalam buku sekolah Filipina, serius lah? OMG!” komen beberapa warganet.

Berseri Seperti Siti
Nama Siti harum di mata dunia. Kini giliran anda bersinar dengan mekap SimplySiti — rahsia selebriti untuk aura glamor.
Jadi Bintang Anda Sendiri