Netizen Bengang Gagal Tembus Tempahan Janji Temu Vaksin AZ, Kena Scam & Robot Trending
Maliah Surip
26/05/2021 10:40 MYT
26/05/2021 10:40 MYT
Hari ini platform media sosial dibanjiri dengan pelbagai luahan, kekecewaan, kritikan serta pandangan mengenai tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca yang dibuka tengahari tadi.
Mengikut jadual, tempahan boleh dimulakan pada pukul 12 tengahari namun kerana masalah teknikal, ia dianjak kepada pukul 12.15 minit tengahari.
Sayangnya, apabila tempahan sebanyak sejuta dos yang dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), dibuka, banyak kepincangan yang terjadi terutama kepada pelarasan sistem dan teknikal.
Meninjau pelbagai platform media sosial dari Twitter hingga ke Facebook, rata rata individu bawah 60 tahun bagi pusingan kedua vaksin AstraZeneca melahirkan rasa kecewa apabila gagal memilih negeri, pusat pemberian vaksin (PPV) dan tarikh temu janji.
Hal itu kemudian membuat ramai yang mengatakan telah discam oleh menteri yang bertanggungjawab.
"Salam tuan @khairykj website pun*** ni tak bagi pilih negeri. Jangan sampai saya cucuk heroine je kat tangan saya," ciap seorang pengguna Twitter @fataeavi.
Seorang pengguna Twitter lainnya pula menciap ingin menjadi antivaksin selepas gagal mendapatkan slot tempahan biar telah komited untuk menempah sejak talian dibuka.
Selain mendakwa telah discam, ramai yang meluahkan rasa kesal kerana perlu memastikan diri sendiri adalah manusia, bukannya robot.
"Rasanya dekat 25 kali aku terpaksa mengaku aku bukan robot hari ini. Tak pernah seteruk ini aku diragukan tentang kemanusiaan aku," ciap @inialannn.
Ramai juga yang memberi saranan kepada pihak berkenaan agar melakukan 'kerja' dengan lebih efiesien seperti memperbaiki taraf teknikal termasuk membahagikan masa pendaftaran mengikut negeri dalam usaha mengurangkan trafik.
Pusingan kedua vaksin AstraZeneca ini dibuka dengan melibatkan untuk penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuching dan Miri di Sarawak serta Johor.
Di sebalik rungutan yang diluahkan bagi mereka yang tidak berjaya menempah slot, ramai juga pengguna media sosial yang mempamerkan kejayaan mendapatkan slot untuk menerima suntikan vaksin.
Sementara itu, lantaran mendapat sambutan menggalakkan, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi akaun Twitter mereka mengumumkan ia ditutup selepas satu jam ia dibuka.
Sebelum ini, pendaftaran pusingan kedua vaksin itu bermula 23 Mei hanya dibuka kepada golongan lebih 60 tahun. Seramai 228,347 orang telah mendaftar untuk menerima AstraZeneca.