,
Berita

Netizen Bengang Pemandu Bas Anggap Murid Sekolah Sebagai ‘Crush’, Menteri Minta Ambil Tindakan

Asyraf Roslan
06/09/2024
02:25 MYT
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk mengambil tindakan tegas kepada seorang seorang pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial.
Menurut Nancy menerusi hantaran dilaman X pada Khamis, perilaku tersebut tidak seharusnya dinormalisasikan dan berkongsi video atau gambar kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa merupakan satu kesalahan.
"Kami bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri Johor bagi membantu siasatan.
"Perilaku tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.
"Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah satu pelanggaran hak dan privasi kanak-kanak, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas netizen berang dengan tindakan individu tersebut yang dilihat melebihi batas.
Lebih-lebih lagi menganggap budak-budak sekolah rendah sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.
Menerusi tinjauaan Gempak, kebanyakan kandungan TikTok daripada individu berkenaan memaparkan beberapa video murid sekolah perempuan pulang dari sekolah.
Pemandu bas berkenaan mempunyai lebih 600,000 pengikut di Tiktok dan videonya mendapat jutaan tontonan.
Bagaimanapun, tangkap layar yang memaparkan video tular di laman X @JatIkhwan itu telah pun dipadamkan daripada akaun TikTok berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isu ‘Abang Bas’, Uyaina Arsyad Anggap Konten Kanak-Kanak Boleh Undang Kesalahan Jenayah - “Mungkin Dia Itu Orangnya Memang Baik Tapi…”

gempak
06/09/2024
23:55 MYT
Isu melibatkan seorang pemandu bas berusia 24 tahun yang memuat naik rakaman video penumpang murid sekolah rendah di TikTok turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Uyaina Arsyad.
Laman Utama

Difitnah Bercumbuan Ketika Memandu, Pemandu Bas Wanita Buat Laporan Polis

gempak
16/11/2023
01:55 MYT
Pemandu bas wanita buat laporan polis
Laman Utama

KPWKM Pandang Serius Peningkatan Alamat IP Kongsi Kandungan Lucah Kanak-Kanak

gempak
04/09/2022
23:00 MYT
Satu mesyuarat akan diadakan berkenaan isu ini
Laman Utama

“Pemandu Bas Dan Van Sekolah Perlu Turun Kenderaan, Temani Pelajar” - Prof Dr Kulanthayan

gempak
14/11/2021
20:43 MYT
Pastikan pelajar lintas dengan selamat baru gerak.
Berita

Saya Memandu Untuk Pulang ke Rumah, Bukan Rahmatullah - Netizen Sakit Hati Driver Bas Potong Double Line

gempak
20/07/2017
10:09 MYT