Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Bengang Pemandu Bas Anggap Murid Sekolah Sebagai ‘Crush’, Menteri Minta Ambil Tindakan

Asyraf Roslan
06/09/2024 02:25 MYT
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat, Datuk Seri Nancy Shukri telah mengarahkan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk mengambil tindakan tegas kepada seorang seorang pemandu bas sekolah yang merakam video kanak-kanak dalam kenderaan tersebut hingga tular di media sosial.

Menurut Nancy menerusi hantaran dilaman X pada Khamis, perilaku tersebut tidak seharusnya dinormalisasikan dan berkongsi video atau gambar kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa merupakan satu kesalahan.

"Kami bersedia bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) negeri Johor bagi membantu siasatan.

"Perilaku tersebut tidak boleh diterima dan tidak seharusnya dinormalisasikan.

"Berkongsi gambar atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah satu pelanggaran hak dan privasi kanak-kanak, selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001," ujar beliau.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas netizen berang dengan tindakan individu tersebut yang dilihat melebihi batas.

Lebih-lebih lagi menganggap budak-budak sekolah rendah sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.

Menerusi tinjauaan Gempak, kebanyakan kandungan TikTok daripada individu berkenaan memaparkan beberapa video murid sekolah perempuan pulang dari sekolah.

Pemandu bas berkenaan mempunyai lebih 600,000 pengikut di Tiktok dan videonya mendapat jutaan tontonan.

Bagaimanapun, tangkap layar yang memaparkan video tular di laman X @JatIkhwan itu telah pun dipadamkan daripada akaun TikTok berkenaan.

#Pemandu Bas #Datuk Seri Nancy Shukri #Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat