Laman Utama

Netizen Berang! Label Budak-Budak Tak Bijak Bash DG Hisham – “Bukan Beliau Yang Harus Dipersalahkan!”

Mya Amri
01/10/2020
23:04 MYT
Netizen berang apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi mangsa kecaman.
Ini kerana ada pihak yang menyalahkan Dr Noor Hisham berikutan peningkatan kes penularan COVID-19 di Malaysia secara mendadak.
Selain itu mereka juga mempersoalkan kredibiliti Dr Noor Hisham sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dalam memerangi wabak pandemik yang melanda negara.
Antara ciapan Twitter yang menimbulkan kemarahan netizen adalah:
Rata-rata netizen membidas kembali dakwaan tidak berasas itu dengan melabelkan mereka yang mengecam hero negara sebagai tindakan kebudak-budakan dan kurang bijak.
Netizen juga menyatakan pihak berkenaan tidak layak untuk memberikan kritikan kepada Dr Noor Hisham yang sedang bertungkus-lumus mencari jalan terbaik memerangi COVID-19.
Selain itu Netizen juga memberikan penegasan bahawa Dr Noor Hisham merupakan antara individu paling terkesan dengan peningkatan kes saban hari kerana beliau berusaha memerangi wabak bersama petugas barisan hadapan sejak pandemik melanda negara.
Disebabkan topik tersebut juga, nama Dr Noor Hisham menjadi trending di Twitter dengan kata kunci DG Hisham pada Khamis, (1 Oktober 2020).
Kata kunci lain yang turut trending dalam carian yang sama adalah MCO.20, #RakyatJagaRakyat dan Sabah.
Terdahulu, perkembangan terkini penularan COVID-19 di Malaysia merekodkan 260 kes baharu yang merupakan kedua tertinggi sejak Februari lalu sekaligus menjadikan keseluruhan 11,484 kes setakat Khamis.
Sebelum itu, pada hari yang sama juga jawapan balas Dr Noor Hisham kepada pertanyaan seorang pengguna menerusi ciapan Twitter telah menimbulkan teka-teki sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.
BACA: Kes Baharu COVID-19 Naik Mencanak, Tweet Dr. Noor Hisham Beri Bayangan PKP Akan Mula Balik?
Tweet beliau secara tidak langsung mencetuskan kegusaran dan mengundang reaksi pelbagai pihak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Simon Cowell Pun Beri Golden Buzzer! Penyanyi Cacat Penglihatan, Putri Ariani Tarik Perhatian Heidi Klum & Dr Noor Hisham

gempak
08/06/2023
15:45 MYT
Power betul suara Putri ni.
Laman Utama

COVID-19: "Kes Baharu Meningkat, Kematian Menurun Minggu Lalu" - Dr Noor Hisham

gempak
27/06/2022
22:50 MYT
Jangan pernah leka dengan kesihatan kita
Covid-19

Ujian Saringan Parlimen: “Lima Sampel Disahkan Varian Delta” - Dr Noor Hisham

gempak
10/08/2021
21:07 MYT
Varian Delta.... Stay safe guys...
Laman Utama

Kes Harian Meningkat Lagi! 7,857 Hari Ini…Selangor Catat 2,657 Kes

gempak
27/05/2021
08:00 MYT
Malaysia mencatatkan jumlah kes harian COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 7,857 hari ini.
Laman Utama

Ikut Jejak Langkah Dr Noor Hisham, Orang Ramai Digalakkan Memakai 'Double Mask'

gempak
20/05/2021
13:50 MYT
Langkah keselamatan.