Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Netizen Beri Komen Berbaur Lucah Di IG Nora Danish, Nedim Balas - "Takkan Lah Nak Flat Macam..."

Syafiqah Jalal
04/12/2019 04:17 MYT
Suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri tidak dapat menahan diri dari membalas komen berbaur lucah yang diberikan seorang netizen di ruangan komen Instagram (IG) isterinya.

Komen tersebut diturunkan di sebuah entri Nora memuat naik fotonya yang menyarungkan baju putih yang dilihat agak sendat sehingga menampakkan bentuk badannya.

Seorang netizen menurunkan komen “is so big” dan ia mendapat perhatian Nedim untuk membalas.

“Takkanlah nak flat macam your wallet. Bagaimanapun, hati-hati kemungkinan data kamu akan habis, kamu mungkin tidak cukup data sehingga hujung bulan?” balasnya.

Namun ia juga mendapat perhatian segelintir pengikut lain yang meminta agar Nedim tidak melayan komen tersebut.

Terdahulu, Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan putera sulung, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim pada 22 Februari 2018.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.

If u like it , wear it. This cool skirt is from @my.ghaania , u can get it at @fashionvaletcom

A post shared by Nora M Danish (@noradanish) on

#Nora Danish #Netizen #Nedim Nazri #Lucah #Komen
;