Hiburan
Netizen ‘Berkampung’ Di Instagram PMX Semata Tunggu Lagu Korea Di Setiap Posting, BIGBANG, TWICE, BTS Pun Ada - “Siapa Admin Ni?”
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian ramai ketika lawatan rasminya ke Korea Selatan baru-baru ini.
Lagu Kpop Di Setiap Posting PMX
Dalam lawatan itu, beliau bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Sook Yeol untuk membincangkan pengukuhan hubungan antara dua hala.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah, perkongsian PMX yang menggunakan lagu popular Korea atau Kpop di setiap perkongsian menjadi bualan pengikut.
Antara lagu yang dipilih untuk dijadikan lagu latar adalah Dynamite oleh BTS, Any Song oleh Zico dan Gee oleh Girl’s Generation
Lagu-lagu lain yang dipaparkan adalah Power oleh G Dragon, Sorry Sorry oleh Super Junior, Come Back Home oleh 2NE1, Love oleh CNBLUE, Only oleh LeeHi, Monster oleh BIGBANG dan banyak lagi.
Netizen Excited Tunggu Posting
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen teruja dengan pilihan lagu tersebut.
Malah ada ada yang menyatakan bahawa pengelola atau admin akaun IG PMX dipercayai peminat K-pop generasi kedua.
Generasi kedua K-pop, juga dikenali sebagai Zaman Keemasan, adalah antara pertengahan 2000-an dan awal 2010-an.
“Agak-agak berapa hari kita kena berkampung di IG PMX eh,” komen netizen.
“Siapa admin PMX. Mesti tahun 90-an ni,” seloroh seorang pengikut.
“Semua datang sini sebab nak tahu lagu apa yang PMX post,” tulis netizen.
“Dah macam stesen radio semua request lagu,” seloroh netizen lagi.
“Sabar jap PMX. Bagi kami bernafas dulu layan satu satu lagu,” komen netizen lain.
“Tak pernah aku excited nak tunggu post PMX sampai macam ni sekali,” komen seorang pengikut.