Pelakon genit Lana Nodin menasihati individu yang tidak senang akan perkongsiannya di media sosial agar menjauhkan diri.

BACA: "Maaf Ya, Aku Pilih 'Hujan Emas'" - Lana Nodin Tayang Kehidupan 'Bebas' Tanpa Diskriminasi Di USA

Tegas Lana atau nama sebenarnya Mazlin Hasan Nordin, 41, dia berhak untuk berkongsi apa sahaja di Instagram memandangkan itu ruang miliknya.

"Kepada yang ‘bernanah’ tengok video-video saya, saya nasihatkan tak payah tengok sebab nanti mengundang drama.

"Saya tidak minta anda ikuti, lagipun engkau orang kata saya suam-suam kuku, tetapi datang juga tengok IG saya, dah kenapa?

"Suka saya nak kongsi apa pun! Apa pasal? Tak boleh terima kenyataan?

"Korang yang panas punggung kenapa?" kata Lana.



Dalam pada itu, Lana yang sudah pulang ke Amerika Syarikat sejak dua minggu lalu mempersoalkan tindakan pengikut yang mengecam dirinya berkongsi kehidupan sebenar di sana.

Malah, kata Lana hal itu dibuat bagi memenuhi permintaan segelintir pengikutnya yang mahukan perkembangan semasa daripadanya.

"Bila saya ‘cuit’ dan kecam, ada saya bising dekat IG engkau orang? Sekarang bila saya balik sini, kongsi, korang pula yang panas punggung kenapa?

"Sebelum kecam saya dahulu kamu tak fikir, sekarang tiba masa saya bagi keadaan sebenar kamu cakap saya riak pula? Bukan korang nak sangat tau sini macam mana ke?" tambahnya.