Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Berteka-Teki, Asmidar Salah Seorang Bintang GV8?

Amri Hassan
10/11/2021 03:55 MYT
Bahang Gegar Vaganza musim kelapan semakin dirasai, ramai yang teruja dan tampil meneka penyanyi yang bakal bertanding kali ini. Antara nama yang turut dipetik netizen ialah penyanyi Asmidar.

Bertemu dengan pelantun lagu Biar Sampai Ke Bintang itu, Gempak mendapatkan komen lanjut mengenai kesahihan teka-teki terbabit.

"Ada juga beberapa orang yang bertanya saya masuk GV tahun ini? Tapi saya tak masuk pun tahun ini, mungkin tahun akan datang? Siapa tahu...

"Apapun, saya ucapkan selamat maju jaya kepada peserta GV yang akan bertanding.

"Kita tak boleh nafikan platform GV membuka ruang baharu yang lebih luas kepada artis yang bertanding untuk buat kemunculan semula.

"Kalau ada rezeki apa salahnya mencuba," jelasnya kepada Gempak.

Asmidar ditemui selepas pertunjukan fesyen jenama streetwear popular Neonate Clothing sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, di samping bergelar tenaga pengajar di Aswara, Asmidar juga dalam proses merangka strategi baharu untuk kerjayanya seninya tahun hadapan.

"Orang hanya kenal saya dengan lagu Biar Sampai Ke Bintang dan cuba juga untuk keluarkan lagu yang boleh menarik hati orang.

"Tapi sehingga kini orang tetap ingat lagu itu. Saya cuba, akan ada projek akan datang keluar dari kepompong kebiasaan saya.

"Selalu dengar saya nyanyi balada, kali ini lebih istimewa. Sangat personal dan sesuatu yang nak sangat dikongsikan kepada peminat," tambahnya.
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran



#Penyanyi #Viral #Netizen #Asmidar #peminat #GV8 #Ramal