Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Bosan Tengok Anna Jobling Selalu Dapat Berlakon Watak Utama? Ini Respons Tuan Empunya Badan

Izwan Isa
03/01/2024 00:55 MYT
Sering dituduh kayu dan dalam masa sama dipersoal tentang kekerapannya menjayakan watak utama dalam drama, pelakon Anna Jobling tampil memberikan kenyataan.

BERITA TRENDING: "Indonesia Rumah Kedua Saya" - Anna Jobling Tembusi Industri Hiburan Negara Seberang

Tidak cepat melatah, Anna berkata, apa yang diterima sepanjang tahun lalu merupakan rezekinya berkarier sebagai anak seni.



“Berkenaan dengan isu asyik muka Anna Jobling, saya keluar TV sekali, dua sahaja sepanjang tahun lalu. Tapi, mungkin ketara sebab saya juga ada keluar menerusi pelbagai iklan.

“Dan itu rezeki saya tahun lepas. Jadi, orang nampak muka saya di mana-mana hingga anggap saya selalu keluar TV (berlakon drama),” katanya kepada Gempak.

Sambung Anna, dia tidak pernah mempersoalkan rezeki orang lain kerana percaya setiap daripada manusia mempunyai rezeki yang telah Allah SWT tentukan.

BERITA TRENDING: Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah

“Untuk berjaya dalam kehidupan, kita hanya perlu bergembira dan berbangga dengan kejayaan orang lain. Tak perlu dengki dengan orang.

“Tak perlu juga memberikan kata-kata atau komen negatif. Itu paling penting,” katanya lagi.

#Anna Jobling