Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan

Gempak
Disember 4, 2023 09:55 MYT

Sejak pusat beli-belah The Exchange TRX dibuka pada umum minggu lalu, ramai dalam kalangan warga ibu kota tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke lokasi tersebut bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga.

Tidak kurang, ada juga yang dilihat membawa anak-anak untuk bermain air dan mandi-manda di kawasan air pancut yang terletak di kawasan luar pusat beli-belah berkenaan?
Namun, ada dalam kalangan netizen yang menzahirkan rasa kurang puas hati melihat pengunjung kanak-kanak bermain air di kawasan terbuka itu.
Begitupun, inisiatif seorang individu bertanya kepada pihak pengurusan menerusi ruangan DM di Instagram rasmi pusat beli-belah berkenaan akhirnya menjawab segala persoalan dan kerisauan yang bermain di fikiran netizen.
The Exhange TRX yang dibuka pada 29 November lalu menawarkan pengalaman beli-belah unik menerusi 400 buah kedai.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: The Exchange TRX Dah Buka, Ini Kedai-Kedai Best Korang Boleh Pergi! Tapi Harga Parking Keras Sikit…​

#The Exchange TRX #TRX