Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Cadang Azhar Sulaiman Dihantar Ke Pales*** Guna Payung Terjun - “Masih Nak Kutuk Saya Pertikai…”

Izwan Isa
08/11/2023 03:25 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman sekali lagi menerima kritikan daripada netizen apabila memuat naik analisa mengenai kemelut kekejam yang berlaku antara Gaza dan Israel.



Menerusi analisa tersebut, Azhar memperincikan setiap informasi bagi beberapa bahagian yang terkesan akibat perang, termasuk Pejuang Hamas, Bandar Gaza dan juga rakyat yang menatap di bandar itu.

Azhar turut menyatakan jumlah kematian yang semakin meningkat, selain rampasan kawasan baharu Gaza oleh zionis yang kejam.

Analisa tersebut dikongsikan semula oleh netizen di platform X dan ramai dalam kalangan pengguna media sosial menyindir perincian Azhar itu.

“Saya cadangkan Azhar Sulaiman dihantar melalui udara (payung terjun) ke Palestine,” tulis seorang netizen.

Tuan empunya badan melihat hantaran berkenaan dan memberi kenyataan balas:



“Gaza dan rakyat musnah dan insiden paling buruk mereka alami. Masih nak kutuk saya pertikai strategi yang nyata tak membawa keuntungan atau moving forward bagi Palestin. Semoga smart leader will emerge among them nanti. Amin,” tulisnya.

BERITA TRENDING: ​“Maaf Kalau Bahasa Saya Kurang Enak” - Akui Teguran Agak Kasar, Sharnaaz Tak Berbalah Dengan Azhar...

Sebelum ini Azhar Sulaiman pernah dikritik atas sebab yang hampir serupa.

Sumber: Platform X

#Azhar Sulaiman