Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Netizen Cadangkan Zila Bakarin Bawa Watak Rosmah Mansor & Rosyam Nor Jadi Anwar Ibrahim, Okey Ke?

Amri Hassan 14/05/2018 | 08:07 MYT
Kehangatan politik tempatan berterusan biarpun Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah berlalu.
Rakyat Malaysia seharusnya mendapat pengiktirafan kerana ada sahaja idea kreatif yang terbit untuk memeriahkan suasana.
Salah seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @MuhdEzzaqDanial berkongsi buah fikiran pelakon tempatan yang mungkin sesuai memainkan watak beberapa tokoh politik jika PRU14 difilemkan.
Biarpun tweet tersebut dikongsi pada 8 Mei, sehari sebelum tarikh PRU14, posting tersebut masih mendapat perhatian netizen.
Antara pelakon yang dicadangkan untuk karya terbabit ialah Datuk Rahim Razali sebagai Tun Mahathir Mohamad, Dian P. Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Datuk Rosyam Nor (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Datuk Yusof Haslam (Datuk Seri Najib Razak), Zila Bakarin (Datin Seri Rosmah Mansor) dan ramai lagi.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PRU14 menyaksikan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas 60 tahun Barisan Nasional memerintah.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
#Viral #Filem #Viral #Twitter #Filem #PRU14 #Datin Seri Rosmah Mansor
;