Hiburan

Netizen Cemburu Pak Guard Dapat ‘Sign’ David Beckham - “Takkan Basuh Punya Baju Tu”

gempak
Umirah Halim
02/02/2024
03:00 MYT
Sponsor Banner
Netizen Cemburu Pak Guard Dapat ‘Sign’ David Beckham - “Takkan Basuh Punya Baju Tu”
Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai berasal dari Nepal, bertuah kerana berjaya mendapat autograf daripada legenda bola sepak tersohor, David Beckham semasa sesi ramah mesra bersama peminatnya di pusat beli belah The Exchange TRX Mall semalam. Menerusi gambar yang dikongsi di platform X, Beckham yang juga merupakan bekas bintang Manchester United itu sempat menurunkan tandatangan pada bahagian belakang baju uniform pengawal tersebut.

Berita Trending: David Beckham Upload Gambar Depan KLCC, Aliff Syukri Komen: “Saya Artis Malaysia…

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen berseloroh mengenai kemungkinan lonjakkan harga baju uniform tersebut setelah ditandatangani oleh Beckham.
“Confirm beli baju guard baru, lepas tu jual baju tu ribu-riban.
“Sign RM1,000, campur bau badan boleh pergi SGD1,000.
“Pak guard buka bid nanti dekat group Facebook.
“Takkan basuh punya baju tu haha.
“Mahal ni. Tak terkira, campur bau tangan Beckham kat baju dia lagi,” usik beberapa pengguna di platform X.
Sekadar info, Beckham, 48, berada di ibu negara bagi melancarkan pameran ‘The World of The Predator’ yang memaparkan sejarah 30 tahun kasut bola sepak direka jenama sukan Adidas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live