Usahawan selebriti, Nur Sajat mendedahkan kekasihnya, Jad Issa telah menerima banyak kiriman mesej di Instagram (IG) daripada pengikutnya yang cuba memisahkan cinta mereka.

Menurut Sajat, netizen terbabit membongkarkan identiti sebenar dirinya namun tidak diendahkan oleh kekasihnya.



"OMG ramainya orang DM habibi saya, beria ria nak bagi tahu saya siapa! Untuk pengetahuan uols!! Habibi saya tak heran pun korang nak cakap apa pasal Nur Sajat!!!

"Dia tahu siapa saya, family dia pun dah kenal saya tau.. Saya gembira kerana @jadooss terima saya seadanya!" tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman memberi peringatan kepada semua orang supaya berhenti mengganggu kekasihnya memandangkan hubungan mereka sudah mendapat restu.

"Jangan habiskan masa awak semua untuk DM atau mesej my habibi untuk ceritakan segalanya pasal saya.

"Awak tidak perlu cuba untuk berbuat seperti ini kerana setiap kali dia akan selalu melaporkan kepada saya dengan menunjukkan 'screenshot' apa yang rakyat Malaysia lakukan kepada saya.

"Tak sangka habibi saya sejujur macam ni pada saya wanita yang tak bersalah dalam dosa serba keadaan.

"Yang penting mak perempuan dan direstui antara dua negara! Orang lain kita TL (Tak Layan) jeeeeeeerrrrr !!!!" tulisnya lagi.

Terdahulu, Sajat rapat dengan Coach Yin namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Omg ramai nya orang dm habibi i,beria ria nak bagi tahu i siapa!!! Untuk pengetahuan uols!! Habibi i tak heran pun korang nak cakap apa pasal nursajat!!! Dia tahu siapa i, family dia pun dah kenal i tau..i so happy because @jadooss accept me no matter who i am! Dont waste your time to dm or text my habibi to tell everything about me. You dont ever try to do like this because every single time he will always report at me screen shot and show to me what Malaysian people done to me. Tak sangka habibi i sejujur mcm ni pada i yg wanita yg tak bersalah dalam dosa serba keadaan. Yang penting mak perempuan dan direstui antara dua negara! Orang lain kita TL (Tak Layan) jeeeeeeerrrrr !!!! ? #kaupanastengoksajatdapatboyfriendhelokkan #cintakuditerimaseadanya #keluarganyamerestui #fuhhhhhhhhhhh

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on