Viral
Netizen Dah Mula Muak Dengan Aisyah Hijanah & Alif Teega? - “Maaf Lah, Lama Lama Rasa Macam Konten Pula”
Sehingga kini kisah rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah masih lagi menjadi bualan netizen.
Jika sebelum ini netizen menyatakan rasa simpati terhadap Aisyah namun kali ini lain pula kisahnya apabila ada yang mula menyatakan rasa meluat terhadap pasangan itu.
Netizen menyatakan perasaan kurang senang selepas melihat pasangan ini bakal muncul dengan lagu berjudul Teristimewa.
BERITA TRENDING: “Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan…
Rata-rata netizen mendakwa hal rumah tangga yang berlaku pada pasangan ini seolah-olah hanya untuk konten semata-mata.
Antara komen yang diterima:
“Memang kalau keluar je isu rumah tangga di kalangan influencer wajib ke mereka keluarkan lagu. Tah apa-apa lah. Tayang masalah rumah tangga diselit dengan marketing. Hurh, dunia dunia,”
“Cara marketing untuk naikkan perniagaan sama seperti abang tesla,”
“Maaf lah, kadang rasa yang dikatakan ujian dugaan ni, dijadikan content pula,”
“Bijak gila marketing dia haha. Mana perempuan yang over sangat isu dia ni haritu, tak nampak lagi ke,”
BERITA TRENDING: Alif Teega Setuju Serah Aset 100% - “Aisyah Dah Jalankan Tanggungjawab Isteri Dengan Sangat Baik
Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November 2023.Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.
Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Oktober tahun lalu juga, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.
Must-Watch Video