,
Laman Utama

Netizen Dakwa Layanan Doktor Kasar Masa 'Swab Test', Ruhainies Pertahan & Salahkan Diri Sendiri

Zulaikha Yusof
26/02/2021
08:20 MYT
Pelakon Ruhainies, 29, akui berasa takut dan tidak senang duduk apabila terpaksa melakukan ujian calitan atau swab test.
Menepis perasaan itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tetap menjalankan tanggungjawabnya demi keselamatan diri dan orang di sekeliling.
"Ini dia video swab test saya siang tadi. Bukti yang menunjukkan saya pun berani okay buat swab test.
"Sampai gementar tangan dengan kaki. Tapi takpa, ini pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.
"Saya fikir takda kontak rapat, duduk rumah diam-diam tak keluar boleh selamat dah tak payah swab test hahaha. Takut punya pasal.
"Tapi dah nak mula masuk set penggambaran untuk kerja, kena jugak buat. Aduh!" tulisnya.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, adik kepada aktres Risteena ini memaklumkan dia perlu menjalani ujian saringan sebagai syarat utama sebelum memulakan penggambaran.
Dalam pada itu, pelakon drama Menantu Ting Tong melahirkan rasa syukur apabila keputusan ujian yang diperoleh adalah negatif.
"Balik rumah baru terfikir kenapa tak sumbat saja batang test tu dalam hidung sendiri. Mesti tak setakut ni. Oh tak boleh ka..
"Alhamdulillah, keputusan saya adalah negatif," tulisnya lagi.
Walaubagaimanapun, situasi dalam video itu telah menjadi topik netizen apabila mendakwa layanan yang diberi kakitangan perubatan itu terlampau kasar.
Namun, Ruhainies tampil mempertahankan frontliner yang bertugas dengan menyalahkan diri sendiri yang tak duduk diam ketika ujian dijalankan.
"@aqieylahhh: Nanti mesti ada orang pertikaikan cara doktor tu buat swab test dan ada sesi kecam mengecam.
"@ruhainies7: Haha jangan la. Sebab saya yang tak duduk tak diam. Dia kena laju sebelum tiba-tiba saya bangun dan balik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Cari Duit Lebih, Lelaki Menyamar Doktor 20 Tahun Ditangkap

gempak
09/09/2024
15:55 MYT
Seorang lelaki berjaya menyamar selama 20 tahun sebagai seorang doktor hanya dengan pengetahuan yang diperoleh sebagai pemegang ijazah dan sewaktu melakukan latihan perubatan semasa bergelar tentera laut.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Viral

Nafas Busuk, Doktor Jumpa Lipas Dalam Tekak Lelaki

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Seorang lelaki berusia 58 tahun di Haikou, wilayah Hainan tidak menyangka nafasnya berbau sangat busuk berpunca daripada seekor lipas yang mati di dalam tenggoroknya, lapor portal berita Oddiy Central kelmarin.
Hiburan

Banyak Platform Media Sosial Diwujudkan Untuk Jatuhkan Ruhainies - “Walaupun Ada Orang Berniat Jahat, At The End Of The Day…”

gempak
05/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Ruhainies mendedahkan terdapat beberapa platform laman sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak benar untuk menjatuhkannya.
Hiburan

Dakwa Pertahan Diri Dari Dirogol, Anak Artis Kerat & Buang Anggota Badan Doktor

gempak
31/08/2024
13:55 MYT
Bawa polis ke sekitar tujuh lokasi tempat dia membuang anggota badan yang telah dikerat disumbat dalam plastik sampah.