VIRAL
Netizen Dakwa Nabila Huda Punca Pergaduhan, Ceddy Ang Tampil Bersuara - “Trauma Tak Kira Umur Seperti Kebodohan Seseorang”
Isu melibatkan penyanyi Shila Amzah dengan bapa kepada pelakon Nabila Huda iaitu penyanyi Datuk Amy Search masih menjadi perbualan hangat di media sosial.
Malah Nabila atau mesra disapa sebagai Abil seakan-akan turut bersuara mengenai isu yang berlaku.
Pertahankan tindakan Nabila
Bagaimanapun terdapat individu di Threads yang menganggap tindakan Nabila itu menjadi punca bapanya menyerang Shila.
Berikutan tuduhan itu, pempengaruh media sosial iaitu Ceddy Ang tampil mempertahankan tindakan Nabila yang meluahkan apa yang terjadi dalam kehidupannya.
“Senang cakap… kalau awak bukan dia (Nabila Huda), awak tidak berada di situasi dia. Awak tiada hak nak cakap dia perlu kecoh atau tidak.
“Trauma tidak mengira umur seperti kebodohan seseorang. Dah tua pun ada juga yang masih bodoh,” kongsinya.
Sebelum ini, seorang individu mendakwa Nabila menjadi punca Amy bertindak mengherdik Shila semasa ‘rehearsal‘ konsert di Dataran Merdeka pada Jumaat lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Bukan Macam Tu, Dari Kecil Dia Ajar Saya…” – Nabila Huda
ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Berhenti Kaitkan Nabila Huda, Shila Amzah Dakwa Ada Sesuatu ‘Cucuk’ Amy Search - “He’s Not Alone
ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Betina Yang Porak-Perandakan Ni?” – Nabila Huda Muat Naik Video Monolog Part 2, Shila Amzah Pun Ada Komen
Dakwa individu itu, Nabila yang kini sudah memasuki umur 41 tahun perlu bertindak matang dalam mengendalikan masalah bersama ibu tirinya, Nourish Hassan.
Isu itu mula tercetus selepas Shila dakwa diserang ketika sesi latihan konsert dipercayai berpunca daripada ciapannya di platform X yang menyatakan sokongan terhadap luahan Nabila mengenai isu ibu tiri.