Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Dedah Akaun Palsu Guna Nama Suami Fatin Afeefa - “Buat Malu Saja Kalau Ditangkap Menipu Orang, Lepas Itu…”

Asyikin Mayudin
21/02/2023 15:55 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berkongsi paparan skrin mesej daripada netizen yang mendedahkan akaun palsu menggunakan nama suami aktres itu.

Menerusi mesej yang dihantar di Instagramm, Individu itu mendakwa akaun tersebut melakukan aktiviti penipuan atau scam dengan mengambil wang daripada orang.

“Saya nak maklumkan tentang akaun scam… akaun suami akak. Terkejut saya bila saya search akaun suami akak, jumlah following dan followers dia lain.

“Jadi saya nak beritahu yang ini akaun scam,” kata individu tersebut.

Membalas mesej individu tersebut, Fatin mengakui dia sudah lama menyedari tentang kewujudan akaun palsu tersebut yang menipu duit orang.

Bagaimanapun Fatin menegaskan dia dan suaminya tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi menerusi akaun palsu tersebut.

“Saya sudah banyak menerima DM seperti ini. Hanya ingin anda tahu, kita tak kosser (kuasa) nak scam scam orang ini. Akaun palsu itu nanti dia DM, lepas itu suruh bank ini.

“Dah bank ini, dia block (sekat). Kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang transaksi untuk pengurusan dana,” kata Fatin.

Dalam pada itu, Fatin turut memberitahu dia dan suaminya juga tidak akan melakukan aktiviti penipuan kerana ia akan merosakkan nama baik mereka.

“Takkan la i nak scam. Buat malu saja kalau ditangkap menipu orang, lepas itu kena viral. Mana nak letak muka. Never,” ujarnya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Fatin #Fatin Afeefa #Opai #Suami Fatin #akaun scam
;