Netizen Dedah Sikap Sebenar Pramugara Tular Wajah Awet Muda Usia 60 Tahun - “Baik & Murah Dengan Senyuman”
Mya Amri
04/07/2024 07:00 MYT
04/07/2024 07:00 MYT
Seorang pramugara syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menjadi tular baru-baru ini disebabkan wajahnya yang kelihatan awet muda.
Sambut ulang tahun kru kabin usia 60 tahun
Apa yang membuatkan netizen tertarik adalah usia kru kabin bernama Nordin Razali itu sudah pun mencecah 60 tahun.
Ini membuktikan usia bukanlah penghalang Nordin untuk melakukan tugasannya sebagai pramugara dengan penuh berdedikasi.
Bagaimanapun menerusi video pendek dimuat naik di akaun TikTok @airasiacabincrew, Nordin mengumumkan dia bakal bersara selepas 35 tahun berkhidmat sebagai pramugara.
Sebagai tanda persahabatan, kakitangan AirAsia telah melakukan kejutan hari jadi kepada Nordin.
Nordin yang kelihatan terkejut dan terharu terus tersenyum sebaik sahaja melihat rakan-rakannya menyambut majlis hari jadinya.
Baik hati dan murah dengan senyuman
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen berasa sebak melihat momen hari terakhir Nordin berkhidmat sebagai pramugara.
Malah ada juga yang berkongsi pengalaman bertemu dengan Nordin san mendedahkan kebaikan yang dilakukan olehnya kepada penumpang ketika dalam penerbangan.
“Banyak kali terjumpa abang tok dalam flight. Sangat baik. Murah senyuman dan pernah sekali terbang ke Kuching pada tahun 2009 dan 2010 rasanya dan dia tolong tenangkan anak buah menangis dalam flight,” dedah seorang netizen.
“Selamat tinggal Nordin, dulu kami sama-sama terbang bersama ketika masih bersama MAS. Seorang yang sangat baik hati,” kongsi seorang kenalan.
“Pramugara terbaik. Dia pernah berikan saya satu plastik nasi lemak dan kuih muih untuk dikongsi bersama kawan-kawan,”
Saksikan video penuh Nordin di bawah:
undefined