Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyambut ulang tahun ke-58 hari ini.

Mengambil kesempatan di hari istimewa ini, netizen tidak ketinggalan menitip ucapan selamat dan doa buat beliau.

Dilabel sebagai hero negara kerana usaha beliau dan petugas barisan hadapan memerangi COVID-19 di negara ini, nama Dr Noor Hisham juga menjadi trending di Malaysia dengan tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham.
Dalam perkembangan lain, DG Hisham tetap menjalankan tanggungjawab memaklumkan kes harian COVID-19 melalui laman sosial Twitter dan Facebook hari ini.

Menerusi Twitternya dapat dilihat sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.

Selangor pula kembali mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan.

Ini diikuti oleh Sarawak, 429 kes, Kelantan, 370 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 291 kes.
(embad twitter)
Seramai 248 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 101 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 11 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,400.