Netizen Doakan DG Hisham Sempena Birthday, KP Tetap Jalankan Tanggungjawab Lapor Kes Covid Lebih 2,300 Hari Ini

Mya Amri
April 21, 2021 11:00 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyambut ulang tahun ke-58 hari ini.
Mengambil kesempatan di hari istimewa ini, netizen tidak ketinggalan menitip ucapan selamat dan doa buat beliau.
Dilabel sebagai hero negara kerana usaha beliau dan petugas barisan hadapan memerangi COVID-19 di negara ini, nama Dr Noor Hisham juga menjadi trending di Malaysia dengan tanda pagar #HappyBirthdayDGHisham.

Happy 58th Birthday, Tan Sri Dr @DGHisham :) hanya Allah dapat membalas segala perjuanganmu dari first day pandemic melanda negara kita ? segala usaha & penat lelahmu kami hargai ❤️ Rindu nak tengok live ? #HappyBirthdayDGHisham pic.twitter.com/Q2az9XpxS0

— hanie (@azhanieee) April 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

May Allah granted with a huge bless in your life and thank you for being so "relaxed" and "responsible" despite knowing that you're holding a huge burden and responsibility to our country. We love you hero!♥#HappyBirthdayDGHisham pic.twitter.com/zPTNoeVLSE

— Alleya (@alleya_alba) April 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#HappyBirthdayDGHisham you are standing in the eyes of the world. Thank you to you and your KKM team tremendous support. With hard work, dedication and unity we can achieve the impossible. Sanah Helwah again @DGHisham pic.twitter.com/OQDha2tC77

— ?? ShaLaLa (@Cantik_88) April 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam perkembangan lain, DG Hisham tetap menjalankan tanggungjawab memaklumkan kes harian COVID-19 melalui laman sosial Twitter dan Facebook hari ini.
Menerusi Twitternya dapat dilihat sebanyak 2,340 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 381,813 kes.
Selangor pula kembali mencatat angka tertinggi dengan 526 kes jangkitan.
Ini diikuti oleh Sarawak, 429 kes, Kelantan, 370 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 291 kes.

COVID-19; 21 April 2021 J kes sembuh:1,910 J kumulatif:358,726 (93.95%) J kes baru:2,340 J kumulatif:381,813 J kes aktif:21,687 Kes local:2,328 (2,136WN, 192BWN) Kes import:12 (1 WN, 11 BWN) J kematian:11 (9WN) J kumulatif:1,400(0.37%) J kes di ICU:248 Pesakit Intubated:101 pic.twitter.com/7tFzbKIqCv

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
(embad twitter)

Sehingga 21 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 2,340 (381,813 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 526 (125,111) Sabah - 172 (57,164) Johor - 170 (43,703) WP KL - 291 (40,880) Sarawak - 429 (25,558) 1/2

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seramai 248 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 101 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 11 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,400.
#COVID-19 #KP Kesihatan #Ketua Pengarah Kesihatan #DG Hisham #Tan Sri Dr Noor Hisham