Pelakon Datin Almy Nadia, 34, mendedahkan menerima kiriman mesej yang dihantar netizen yang kurang senang melihat dia membuat ulasan (review) makanan di Instagram (IG).

Menerusi perkongsian Almy, individu terbabit mengaitkan insiden keguguran yang dialami baru-baru ini.

BACA: "Ada Yang Akan Kata Tak Reti Ke Bagi Badan Rehat Dulu .." - Almy Nadia Tolak Aura Negatif, "Saya Muda Lagi Masih Boleh Mengandung"

"Ada ke orang tengok kau melahap makanan sampai sembilan minit kat IGTV tu? Review makanan memang kena tunjuk kau makan sampai habis berpuluh-puluh balang tu ke?

"Patut gugur banyak kali! Semua membantai ja hahahaha dasar pelahap!" tulis individu terbabit.

Tambah Almy, dia berasa tertekan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan sehinggakan mengganggu dirinya untuk menjalankan tanggungjawab.

"Harini punya review belum mula sebab tengah ambil mood yang tengah down ni.

"Minggu paling stress dengan komen orang, allahuakbar.. Lama dah tak ada perasaan ni, tapi perasaan ni mula datang dengan orang petik pasal anak!!

"Benda paling sakit!! Berkait pulak dengan benda lain, panjang cerita dia. Allahuakbar," luah Almy.

Sementara itu, suami Almy iaitu Datuk Fizz Fairuz tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Perghh tunggu aku bawa kau pergi makan kat balai ok!!" tulis Fizz di Instagram Stories.



Pada bulan Februari dan Mei lalu, Almy telah mengalami keguguran bayi keempat dan kelima.

BACA: "Papa Tak Nak Nangis Sebab Papa Kuat" - Fizz Fairuz Sebak, Almy Nadia Keguguran

BACA: Almy Nadia Alami Pendarahan Sejak Dua Hari Sebelum Raya, "Kena Bersihkan Rahim Takut Susah Mengandung Lagi .."

Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.