HIBURAN

Netizen 'Geli Hati' Dengar Zarina Zainuddin Berselawat - "Akak Memang Dapat Pahala Kitorang Ni Macam Mana"

Asyraf Roslan 21/07/2025 | 20:55 MYT
Perkongsian video pelakon Zarina Zainuddin yang sedang mendendangkan zikir taubat atau Iktiraf menerusi TikTok miliknya menarik perhatian netizen.

Menerusi perkongsian itu, Zarina mengakui dia bukanlah seorang penyanyi namun hanya ingin berkongsi kebaikan.

“Lepas post video ni ada pulak orang meninggal. Saya nak bagi tahu saya bukan penyanyi dan tiada niat pun untuk buat album.

“Semoga sama-sama dapat kebaikan walaupun telinga korang naik bengkak tumbuh bisul dengar suara akak yang tak sedap ni,” tulisnya.

Bagaimanapun, video selawat Zarina itu mengundang reaksi lucu warganet yang menonton.

“Biase dengor selawat rasa tenang hati kalini rasa geli hati “

“Kalau baca dalam hati pun dapat pahala jugakk kakk. Yg dapat dosa , KAMIIIII KAMIIII.

“Akak memang dapat pahala kitorang ni macam mana.

“Tak dengar dulu ka sebelum post.

“Ni doa taubat kan? Asal aku rasa dosa aku makin bertambah je ni,” tulis netizen.
#Zarina Zainuddin #Netizen #Selawat