Netizen Gemar Kecam Atlet Negara, Ini Pesanan Jiggy - "Adab Ni Kalau Tiada, Memang Masalah Hati"
Mya Amri
12/08/2024 14:55 MYT
12/08/2024 14:55 MYT
Pelawak, Jiggy meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir masyarakat yang gemar memberi kecaman setiap kali atlet Malaysia gagal menghadiahkan pingat kepada negara di sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Jiggy yang juga suami kepada penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, rakyat Malaysia tidak sepatutnya meletakkan kesalahan di bahu atlet sehingga melupakan kejayaan yang pernah diraih mereka untuk negara sebelum ini.
“Tapi kita mampu tengok dan gelak sahajalah sebab saya selalu mengingatkan isteri, ilmu boleh belajar tetapi adab ni kalau tiada, memang ini masalah hati, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Jangan jadi bangsa final
Menurut Jiggy yang juga suami kepada penerjun negara Nur Dhabitah Sabri, rakyat Malaysia tidak sepatutnya meletakkan kesalahan di bahu atlet sehingga melupakan kejayaan yang pernah diraih mereka untuk negara sebelum ini.
“Sangat kecewa… Sebab sebab kalau ikut terms dekat Malaysia, golongan ini di gelar bangsa final. Dia tidak mengikuti dari awal, tahu tahu final dia ada.
“Dialah yang terpaling atlet dari atlet. Serba serbi dia tahu. Ada yang DM saya yang lebih mengetahui mengenai Bita dari saya, suami dia sendiri.
“Tapi kita mampu tengok dan gelak sahajalah sebab saya selalu mengingatkan isteri, ilmu boleh belajar tetapi adab ni kalau tiada, memang ini masalah hati, itu sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tak ada benda baik nak cakap, diam
Dalam pada itu, Jiggy juga turut berpesan supaya netizen berhati-hati dan lebih sensitif dalam memberikan komen kerana kata-kata negatif secara tidak langsung akan meninggalkan kesan pada individu yang terlibat.
“Pesanan saya senang sahaja, kalau tak ada benda baik nak cakap, elok diam sahaja. Tapi untuk menyalahkan atlet seratus peratus pun tak adil.
“Sebab ini bermula dari sesetengah media sosial, kena lebih sensitif dan peka dengan apa yang hendak dikongsi kerana satu gambar boleh ada 1000 cerita.
“Jadi benda ini kena sama-sama lah ambil inisiatif untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” jelasnya.
Tambah Jiggy lagi, dia juga mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus asa memberikan sokongan kepada isterinya dan juga atlet-atlet lain.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia, saya tidak sempat nak semak DM IG satu satu.
“Segala doa serta kata kata semangat yang diberikan, saya dan isteri mendoakan segala yang baik baik berbalik pada anda semua, terima kasih,” ujarnya.
Untuk rekod, Olimpik Paris 2024 merupakan penampilan ketiga Dhabitah selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.
Tahun ini, beliau dipilih untuk mengisi satu slot tambahan diberikan oleh Akuatik Dunia kepada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) bagi beraksi di Paris pada lewat Jun.
Katanya beliau hampir mengucapkan selamat tinggal kepada sukan itu selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik semasa acara kelayakan terakhir - Kejohanan Dunia 2024 di Doha, Qatar, Februari lalu.
Terdahulu, pemenang lima pingat Sukan Asia itu hanya mampu mencatatkan keseluruhan 244.80 mata untuk menduduki tempat ke-12 selepas lima terjunan di final, manakala penerjun China Chen Yiwen membawa pulang emas dengan 376.00 mata.