Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

Mya Amri
29/07/2024 23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.

Netizen Geram, Minta Shuib Diam


Bagaimanapun, perkongsian terbaru Shuib mengenai pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Shuib yang didakwa sering menggunakan kisahnya bersama Allahyarham Siti Sarah terutamanya yang melibatkan perkara mistik.

Kata netizen, Shuib sepatutnya mengehadkan perkongsian kerana ada kisah lampau yang sepatutnya disimpan dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Netizen Gelar Attention Seeker


Menerusi komen-komen di media sosial, ada netizen yang menggelarkan Shuib sebagai seorang yang dahagakan perhatian dan juga konten.

Selain itu, mereka juga menasihatkan supaya Shuib berhati-hati dalam berkongsi apa jua kisah mengenai kehidupannya kerana dikhuatiri akan memberikan impak kurang baik terhadap diri pelawak itu.

Antara komen yang diberikan netizen:


ARTIKEL BERKAITAN:“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan


ARTIKEL BERKAITAN:Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

ARTIKEL BERKAITAN:Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”

ARTIKEL BERKAITAN:Video ‘Throwback’ Momen Shuib Bersama Siti Sarah Di Mekah Buat Netizen Rindu – “Sampai Hari Ini Tengok Balik Arwah, Air Mata Laju Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:Shuib Teringin Watie Masak Menu Raya Wajib Arwah Siti Sarah - “Kalau Boleh Nak Kuah Kacang & Rendang”


Terdahulu, Shuib dikecam netizen gara-gara mendedahkan dia pernah menjadi ‘kaki judi’ yang menerusi podcast tersebut.

Netizen menganggap pendedahan itu seakan-akan Shuib yang memilih untuk membuka aib sendiri memandangkan pada asalnya orang tidak mengetahui tentang ketagihan itu.
#Siti Sarah #Shuib SepahTu #Netizen #Shuib