Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Hati Busuk Sindir Tak Dapat Anak, Uqasha Senrose Jawab - “Sedihnya Cakap Macam Ni… Itu Rezeki Allah”

Mya Amri
28/06/2023 07:45 MYT
Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila disindir netizen kerana masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Kata-kata kurang enak itu ditinggalkan oleh seorang netizen menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu milik Uqasha.

Selain Uqasha, netizen itu juga turut menyindir adik kepada Uqasha, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang berdepan dengan situasi sama.

“Kesian adik-beradik tak ada anak lagi,” tulis netizen itu.

Walaupun agak kecewa dengan kata-kata tersebut, namun pelakon cantik ini tidak cepat melatah dan membalas kembali komen itu.

Menurut Uqasha, soal anak tidak perlu dipermain atau dipersoalkan kerana semuanya adalah ketentuan Tuhan.

“Ya Allah, sedihnya boleh awak cakap macam ni? Itu rezeki dari Allah. Terima kasih.

“MasyaAllah, terima kasih banyak-banyak, anak rezeki dari Allah,” balasnya.


Sindiran negatif terhadap Uqasha itu juga tekah mengundang sedikit perbalahan dalam kalangan netizen di ruangan komen berkenaan.

Uqasha bagaimanapun dengan lembut menasihatkan pengikut Instagramnya agar berhenti berbalah dan tidak mengendahkan komen negatif itu.

“Tak payah layan dengan orang yang tak reti jaga hati orang dan juga mulut… Lagi layan lagi menjadi,” tulisnya.

Terdahulu, Uqasha sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun lalu.

Kejadian tersebut berlaku pada awal tahun 2022 manakala yang keguguran kedua pada November 2022.

Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November 2021.

#Anak #Uqasha Senrose #Netizen #Sindir
;