Laman Utama

Netizen Jadi FBI, Siasat Foto Tular Isteri Kedua Alif Teega! Siap Tanya - “Nikah Di Thailand 4 Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah?”

gempak
Mya Amri
27/11/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
Netizen Jadi FBI, Siasat Foto Tular Isteri Kedua Alif Teega! Siap Tanya - “Nikah Di Thailand 4 Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah?”
Isu perkahwinan kedua personaliti media sosial, Alif Teega menjadi semakin hangat apabila netizen sudah mula menjalankan ‘siasatan’ terhadap foto tular di media sosial.
Menerusi foto tular yang dikongsi di platform X itu merakamkan Alif bersama isteri keduanya yang dipercayai bernama Fatin Umaidah Ramli beserta maklumat perkahwinan mereka.
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan, tertera nama penuh Alif dan juga Fatin sebagai pasangan pengantin.
Bagaimanapun apa yang menarik perhatian netizen adalah tarikh dan juga lokasi akad nikah dalam kertas yang bertajuk ‘Gambar Padangan Berkahwin’ itu.
Menurut foto berkenaan, Alif dan Fatin telah disatukan di Pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.
Malah tarikh yang tertera pada surat tersebut adalah 21 November 2023 iaitu beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinannya dengan isteri pertama, Aishah Hijanah. Namun netizen juga telah mempersoalkan tarikh nikah mereka kerana Alif memaklumkan kepada umum bahawa pernikahan keduanya berlaku pada 18 November 2023.
Berikut merupakan antara komen netizen:

BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”

BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got Married, Saya Ingat Dia Akan Jadi Milik Saya Selamanya…”

Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu.
Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.
Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

BERITA TRENDING: “Tak Ada Pasangan Yang Nak Hadap Pendatang Luar” - Aisyah Hijanah Dedah Rumah Tangga Hadapi Ujian, Bawa Suami Berubat

Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024