“Netizen Jangan Taksub”- Isu Ebit Lew, Caprice, Ini Nasihat PU Syed
Syafiqah Jalal
23/07/2021 14:20 MYT
23/07/2021 14:20 MYT
Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri meminta agar isu yang berlaku di antara pendakwah bebas serta dermawan terkenal, Ebit Lew, penyanyi rap Caprice, Nadir serta Firdaus Wong diselesaikan dengan baik.
PU Syed berkata netizen tidak boleh menjadi hakim serta taksub kepada sesiapa sahaja di antara mereka.
“Kita serah pada mereka untuk selesaikan..netizen tak boleh jadi hakim dan jangan taksub kepada siapa sahaja.
“Kaedah menyebut, bukti bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi yang ingkar (menafikan) dakwaan. Kenapa perlu bukti bagi yg menuduh? Dan hanya sumpah bagi yang ingkar dakwaan?
“Ulama menyebut kerana di pihak yang menuduh adalah lemah dan perlukan bukti untuk menguatkannya..dan bagi yang dituduh pula kuat..kerana memadai dengan sumpah untuk membersihkan dakwaan terhadapnya,” katanya.
PU Syed berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah PU Syed lagi dia tidak berniat untuk mengulas mengenai isu mereka kerana bimbang menambah lagi parah denga napa yang berlaku.
“Saya tak nak ulas kerana ia bukan menyelesaikan isu, tapi boleh menambah parah umat ini dengan isu-isu seperti ini.
“Ditambah lagi netizen akan tetap mahu menjadi hakim dek kerana emosi dan merasa pihak yg dia suka itu betul..dan yg tak mereka sukai itu salah,” katanya lagi.