Penampilan usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian netizen.

Bagaimanapun kali ini Vida tidak disembur dengan kata-kata negatif sebaliknya ramai yang memuji penampilannya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Vida berkongsi terbaharu merakamkan dirinya memakai busana berwarna pink kemerah-merahan dan juga solekan yang tidak terlalu over.

Malah koleksi barang emas yang digayakan juga agak berlainan dengan sebelum ini. Tiada lagi ‘barang kemas gergasi’ sebaliknya kali ini semuanya simple dan sederhana.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)


Disebabkan penampilan dan solekannya itu juga membuatkan netizen memuji Vida dan berharap usahawan itu dapat mengekalkan imej berkenaan.

Namun ada juga usikan nakal netizen yang boleh dikatakan agak lucu kepada Vida.

“Macam ni baru Iqbal sayang” tulis seorang netizen disertakan dengan emoji love

“Simple macam ni Datuk Vida cantik, kulit DSV cantik mulus, nampak muda, cantik sangat make up macam ni,” puji seorang netizen.

“Iqbal tengok mesti ajak kahwin ni,” usik netizen lagi.

“Pertama kali lihat datuk cantik macam ni, pakai simple macam ni lah datuk,” puji netizen.

Terdahulu, Vida juga merupakan antara individu yang sering menerima kritikan kerana penampilan dan juga solekannya yang dianggap tidak sesuai dengan usia.

Jangan lupa undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.