Netizen Kata Haram Simpan Gambar Bukan Mahram, Aziz Harun; "Tak Perlu Libat Isu Agama Pun Tapi...”
Umirah Halim
07/01/2024 07:00 MYT
07/01/2024 07:00 MYT
Isu segelintir peminat wanita yang menyimpan gambar penyanyi, Aziz Harun baru-baru ini terima pelbagai reaksi dari wargamaya sehingga ada yang mengaitkan isu agama.
Antara komen yang diterima:
“Haram simpan gambar bukan mahram.
“Yang perempuan muslimah bangga sangat simpan gambar artis si Aziz Harun tu buat apa? Sibuk menayang sampai tiada rasa malu dengan diri sendiri dan agama ke?,” tulis individu terbabit.
“Saya kurang tahu jadi saya bukan orang yang tepat untuk memberi komen dari sudut agama.
“Tapi mereka hanya sebagai peminat yang ingin support artis, contoh nya seperti peminat artis k-pop, mereka juga akan menyimpan photocard artis tersebut.
“Jadi saya rasa benda ini tidak perlu libatkan isu agama, tapi semua orang ada pandangan mereka masing-masing jadi saya hormati semua pendapat orang.
“Tapi apa yang saya tahu niat peminat bukan nak jadi obses dengan Aziz jadi saya biarkan sahaja,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Aziz turut berkongsi bahawa gambar passport tersebut sebenarnya diedarkan sendiri oleh peminat menerusi acara ‘cupsleeve event’ yang dianjurkan sesama peminat, bulan lalu.
Sekadar info, penyanyi yang berasal dari Brunei Darussalam ini mula dikenali menerusi single pertamanya di Malaysia iaitu "Senyum" yang dikeluarkan pada tahun 2014.
Antara komen yang diterima:
“Haram simpan gambar bukan mahram.
“Yang perempuan muslimah bangga sangat simpan gambar artis si Aziz Harun tu buat apa? Sibuk menayang sampai tiada rasa malu dengan diri sendiri dan agama ke?,” tulis individu terbabit.
Berita Trending: Aziz Harun Ulas Isu Ramai Wanita Simpan Gambar Passportnya Dalam Dompet – “ It’s Just...
Susulan daripada itu, Aziz tampil memberi ulasan tentang isu tersebut.“Saya kurang tahu jadi saya bukan orang yang tepat untuk memberi komen dari sudut agama.