Netizen Kecam Ayu Ting Ting Cium Mulut Ayah Di Pagi Raya, Ini Jawapannya...

Amri Hassan
Julai 5, 2017 04:34 MYT
Masing-masing ada cara tersendiri untuk bersalaman dan mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga pada pagi 1 Syawal.
Bagi penyanyi dangdut Indonesia, Ayu Ting Ting, cara keluarganya bersalaman barangkali berbeza daripada keluarga orang lain.
Baru-baru ini beberapa keping gambar Ayu mencium mulut bapanya, Abdul Rojak, tular di laman sosial dan menjadi perbincangan hangat netizen.
Dalam gambar itu, Ayu merangkul leher bapanya dan melekapkan bibirnya ke bibir bapanya.
Netizen yang rasa kurang senang dengan perilaku itu mula bersuara. Tulis @apurodaitto; "Lah tak wajar ya, bapa sama anak cium bibir."
Namun, Ayu tampil menerangkan keadaan sebenar.
"Sejak hari lebaran tahun-tahun yang lepas saya akan lakukan begitu dengan ayah, dan ibu juga. Kecuali lelaki lain, terserah jika orang mahu kecam. Saya tak peduli," jelas Ayu.
Difahamkan gambar tersebut dirakamkan pada perayaan Aidilfitri tahun lalu cuma ia kembali diulang siar oleh netizen.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Tribunnews
#Viral #Dangdut #Indonesia #Viral #Ayu Ting Ting