Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Netizen Kecam Wanita Sepak Terajang Anak Kecil di Stesen LRT

Rozaimi Zubaidi 31/10/2017 | 08:38 MYT
Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita yang mengasari seorang kanak-kanak berhampiran mesin pengimbas tiket tren di sebuah stesen tular pada malam Isnin.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook Metafora Anafora, wanita itu dilihat begitu marah dengan kanak-kanak tersebut sehingga menampar, menghayunkan tangan, menyepak dan menendangnya berulang kali.
Video yang berdurasi selama 1 minit 33 saat itu dipercayai berlaku di sebuah stesen LRT di Lembah Klang dan telah ditonton lebih 400,000 dan dikongsi lebih 223 oleh pengguna Facebook.
Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa geram dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut kerana dia dilihat memperlakukan kanak-kanak itu seperti haiwan.
@Puteri Noreen Salehuddin: 'Anak memang ada masa banyak ragam,nakal. Kadanh-kadang menguji kesabaran tetapi sebagai ibu banyakkan bersabar. Semoga ibu ini diberikan kesabaran dalam menjaga anak2.
@Rahmat: 'Kalau nakal sekali pun anak itu janganlah diperlakukan seperti haiwan kerana haiwan juga sayangkan anak mereka. Diharapkan ibu itu mendapat hidayah.
@WanAhmd: 'Anak merupakan amanah daripada Allah. Dia tak tau pun mana baik dan buruk. Mungkin anak ini jugalah yang akan mendoakan ibu bapa yang berada di alam barzakh nanti.
@Haidar: 'Tak kisahlah apa alasan sekalipun, jangalah lakukan anak seperti itu kerana dia merupakan amanah yang patut dijaga.
@Qusyairee: 'Kesian anak kecilitu kerana dia belum mempunyai akal yang sempurna. Walaupun nakal dia tetap anak. Jangan menyesal kerana terlalu ikutkan emosi itu nanti.
#Viral #Viral #Berita Viral