Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Kecewa Lihat Kelakuan Pelajar Terhadap Guru Tuisyen - “Boleh Tahan Biadab Juga Student Zaman Sekarang”

Gempak
23/12/2023 02:55 MYT
Netizen menzahirkan rasa kecewa menyasikan sepotong rakaman video pembelajaran secara online yang dijalankan oleh seorang guru di sebuah pusat tuisyen popular baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, guru berkenaan dilihat menjawab soalan-soalan tidak munasabah yang diajukan oleh pelajar, selain soalan-soalan yang diajukan berbunyi agak biadab.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lebih mengecewakan, pelajar yang mengikuti pembelajaran bersama guru berkenaan menyifatkan guru itu memiliki wajah mirip polis yang didakwa melanggar seorang pelajar baru-baru ini.

Menerusi ruangan balasan platform X, ramai dalam kalangan netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai situasi yang kurang enak itu.



Sumber: Platform X

#Murid Biadab