Laman Utama
Netizen Kecewa Tiket Kapal Terbang Mencanak Naik Menjelang Tarikh PRU15 - “Untung Syarikat Penerbangan…”
Netizen melahirkan rasa kecewa dan sedih kerana tiket penerbangan pada tarikh membuang undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) naik dengan mendadak.
Menerusi ciapan-ciapan yang dihantar di platform Twitter, ramai antara pengguna kesal dengan kenaikan harga penerbangan yang berlaku secara tiba-tiba.
Seorang pengguna melahirkan rasa kurang senang terhadap sebuah syarikat penerbangan yang menaikkan harga penerbangan sehala dari Johor ke Kuching, Sarawak sebanyak sekali ganda.
Selain itu, terdapat juga perkongsian seorang netizen yang terpaksa membayar sekitar RM1,000 bagi penerbangan dua hala dari ibu kota ke Pulau Pinang.
Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter mencadangkan supaya mereka yang tidak mampu untuk pulang mengundi dapat mengundi di lokasi lain yang lebih dekat dengan tempat tinggal.
“Sedih tengok nasib pengundi jauh. Macam tu je kena game dengan airline operators. @sprgovmy patut implement undi jarak jauh untuk pengundi yang tak mampu bayar tiket pulang mengundi. Letaklah satu pusat mengundi untuk pengundi Sabah & Sarawak di KL, PJ, etc. Kan memudahkan?”
Dalam masa sama, seorang lagi pengguna Twitter berharap agar kerajaan dapat berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan supaya harga tiket dapat distabilkan.
“Untung syarikat penerbangan sempena Pilihanraya Umum Ke-15. Sepatutnya kerajaan bincang dengan syarikat penerbangan agar dapat menstabilkan harga tiket bukan diam sahaja.”
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!