Pelakon cantik Uqasha Senrose tampil dengan sebuah hantaran video di laman sosial Instagram (IG)nya selepas netizen mendakwa di menyunting bahagian leher supaya nampak lebih jinjang.

Menerusi hantaran tersebut Uqasha menulis kapsyen sekaligus menolak tuduhan netizen yang mempersoalkan tentang lehernya.

“Ini video, so tak ada maknanya nak edit leher!,” tulisnya.

Terdahulu, pada Sabtu lalu Uqasha telah memuat naik beberapa keping foto di belakang pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 yang berlangsung pada Jumaat.

Foto tersebut kemudiannya mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Edit leher ke tu?” tanya seorang pengikut Uqasha di ruangan komen.

“Kalau fokus kat leher kat atas, nampak pelik sikit…Macam hilang bahagian bawah,” komen seorang lagi pengikut.

Selain itu, pengikut Uqasha yang lain turut memuji kecantikan tunang kepada pelakon Kamal Adli itu yang diibaratkan seperti anak patung ‘Barbie’.

“Barbie doll Malaysia!”

‘‘Patung Barbie hidup!”

“Cantiknya…macam anak patung Barbie…”

Antara komen yang ditinggalkan pada ruangan komen.

Uqasha Senrose merupakan salah satu daripada juri MLM 2021 bersama Datuk Rosyam Nor, Diana Danielle dan Noh Hujan.