HIBURAN
Netizen Komen Pasal Berat Badan, Intan Najuwa Tak Kisah - “Saya Tidaklah Terkesan...”
Pelakon Datin Intan Najuwa mengakui gemar bergurau dengan pengikutnya di Instagram Story, terutamanya apabila netizen terlebih dahulu mengusiknya mengenai perubahan bentuk badannya.
Menurut Intan, dia tidak mudah terkesan dengan komen-komen tersebut, malah menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu.
Namun, aktres itu tidak terlalu terkesan dengan komen-komen tersebut dan menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu.
“Sebenarnya saya suka je kacau netizen dekat IG Story sebab netizen ni suka kacau saya dulu dan cakap dekat saya yang saya ni dah tembam.
“Saya tidaklah terkesan sangat pun dengan kata-kata mereka. Saya hanya ketawa sahaja. Saya saja je post dekat IG Story sebab followers saya banyak yang positif. Mereka macam gelak dengan posting saya.
“Jadi, itulah cara saya berinteraksi bersama peminat saya. Itu juga salah satu cara saya lari dari stress,” katanya kepada Gempak.
Intan Najuwa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Buffet Preview With Rabbani & Friends yang berlangsung di Ruang Lama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Pada masa sama, aktres berusia 28 tahun itu menyatakan dia tidak terlalu mengambil hati terhadap komen atau pandangan orang lain mengenai berat badannya.
BERITA BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Cara Betul Sebutan Nama Anak, Imane Lunara - “Kalau Tengok Sebutan Macam…”
BERITA BERKAITAN: "Saya Ini Psiko" - Belum Tiba Masa Untuk Kembali Berlakon, Intan Najuwa Mahu Sentiasa Pantau Pengasuh Anak
Bagaimanapun, dia menyedari isu seperti ini akan sentiasa menjadi perbualan umum dan sukar untuk menghalang orang daripada bercakap.
“Saya sendiri tidak kisah orang cakap saya gemuk atau tidak. Benda itu sentiasa jadi bualan orang dan kita pun tidak boleh tutup mulut orang.
“Apa sahaja yang kita buat akan sentiasa menjadi persoalan orang ramai. Untuk saya, tak apalah. Saya akan teruskan dengan kehidupan saya,” kongsinya.
Dalam pada itu, Intan turut mengakui dia tidak pernah merasa puas hati dengan berat badannya sekarang dan berhasrat untuk menurunkannya sehingga mencapai 43kg.
“Manusia kan tidak pernah puas. Kalau saya dapat turun lagi berat badan yang sekarang ini, mestilah saya nak turunkan lagi.
“Sekarang berat saya sudah 48kg dan target saya untuk turun sampai ke 43kg. Sebab asal saya adalah 43kg,” ulasnya.
Terdahulu, aktres itu telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu dan selamat melahirkan cahaya mata pertama secara pembedahan pada 15 Disember tahun lalu.