Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Kongsi Kesan Long COVID - Ada Yang Hampir Setahun Hidu Bau Busuk, Ada Yang Nak Berjalan Pun Penat

Izwan Isa
16/03/2022 06:50 MYT
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter menulis tentang betapa bahaya dan teruknya gejala Long Covid yang dialami oleh segelintir bekas pesakit COVID-19.

Menerusi rajutan yang dikongsikan, pengguna Twitter dengan nama @syikinyunus itu memberitahu yang setiap orang perlu cakna tentang Long COVID dan memberikan contoh beberapa negara luar yang rakyatnya menderita gejala berpanjangan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengguna Twitter itu juga berpesan yang COVID-19 bukanlah seperti selesema biasa, kerana kesan yang berpanjangan mungkin boleh dirasai sungguhpun telah bebas daripada virus berkenaan.

“Saya harap lebih ramai pesakit Long COVID tampil ke hadapan dan menyebarkan info kepada orang awam mengenai bahaya dan kesengsaraan Long COVID.

“Agar lebih ramai yang sedar bahawa COVID bukan flu biasa atau penyakit ringan,” tulisnya.

Menerusi ruangan balasan, ramai yang berkongsi mengenai gejala berpanjangan yang mereka hadapi sungguhpun telah pulih daripada jangkitan COVID-19.

“Paru-paru kanan saya berparut teruk dan kini saya mengalami asma. Perlu sentiasa ada inhaler. Saya rasa seperti nafas di luar perkadaran. Saya tidak boleh menyanyi. Saya tak boleh cakap laju. Saya tak boleh jalan laju. Tapi saya bersyukur masih hidup? Saya hamil ketika menghidap COVID,” tulis seorang netizen.

“Beberapa bulan selepas diserang COVID-19, saya hilang deria bau dan rasa. Saya pulih tetapi bau yang saya bau semua busuk. Tak dapat hidu bau yang sebenar. Dan hampir setahun dah semua benda busuk. Sedih tiada nikmat nak makan,” kongsi seorang lagi penderita Long COVID.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mengalami gangguan waktu tidur sehingga tidak boleh melelapkan mata pada waktu malam.

“Sakit bisa badan yang boleh menangis, pendek nafas, cakap pun penat apatah lagi berjalan. Insomnia. Waktu tidur hancur. Aku dah rasa macam Dracula dah. Siang tidur malam berjaga,” tulisnya.

Selain itu, ada juga yang berkongsi keadaan anaknya yang terjangkit COVID-19 pada usia 2 tahun ketika vaksin masih belum sampai di negara kita.

“Anak saya sekarang 3 tahun 7 bulan, kena COVID tahun lepas, masa umur dia 2 tahun 9 bulan. Sekarang dah start inhaler ventolin dan flixotide. Kerap demam dan mudah sangat batuk selesema. Masa kena tu belum sampai lagi vaksin kat sini,” terangnya.

Menerusi laporan Astro Awani, dianggarkan kira-kira 10 hingga 15 peratus individu yang dijangkiti COVID-19 masih mempunyai Long COVID.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, hospital telah diarahkan untuk meningkatkan usaha pemulihan Long COVID bagi menguruskan pesakit yang mengalami gejala pasca COVID-19 itu.

“Kita melihat kira-kira 10 hingga 15 peratus pesakit yang pernah mengalami COVID-19 mengalami simptom yang berpanjangan.

“Kementerian sudah mempunyai protokol untuk merawat Long COVID, terutamanya melalui perkhidmatan penjagaan pemulihan kami, yang akan diperkukuhkan lagi," katanya

Kredit foto: Mufid Majnun (Unsplash)
#KJ #Covid19 #Gejala #Long Covid
;