Viral

Netizen Kongsi Pengalaman Mengerikan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Botol Kicap - “Kalau Boleh Lepas Beli Tu…”

Umirah Halim
16/02/2024
09:00 MYT
Seorang pengguna X, terkejut apabila botol kicap yang dibeli oleh kakaknya dipenuhi dengan bangkai cicak.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat beberapa ekor cicak yang sudah tidak bernyawa disaluti oleh kicap tersebut.
Difahamkan, kehadiran haiwan tersebut dikesan oleh kakak individu yang membuat perkongsian ini.

Berita Trending: Suruh Teman Wanita Pakai Tudung Ingat Sebab Nak Jaga Aurat,…

“Pada peminat kicap, kalau boleh lepas beli tu tapis la dulu dan masukkan dalam botol lain. “This was found by my sister dlm botol kicap dia. Kicap famous dari seberang sana,” tulisnya beserta emoji mual.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen ada netizen yang meluahkan rasa jijik dan ada juga netizen yang sempat berkongsi pengalaman yang sama.
“Ya Allah geli. Nak muntah.
“Aku ni dah la penggemar kicap pastu cicak pula binatang paling aku geli aduh nice lah cicak celup kicap ni.
“Patutla kicap tu pekat likat je. Ada penambah selera rupanya.
“Ni kira okay. Makcik pernah kena, yang dah kering ya. Tinggal tulang jek,” tulis beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 189,000 tontonan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Beri Botol Percuma Berserta Kod QR Baucar RM200, Pihak Berkuasa Gesa Orang Awam Peka Modus Operandi Scammer

gempak
21/04/2024
14:55 MYT
Aktiviti penipuan atau lebih dikenali sebagai ‘scam’ semakin berleluasa ketika ini. Pelbagai taktik digunakan oleh sang penipu (scammer) untuk menipu orang ramai tidak kira secara berhadapan mahu pun atas talian. Terbaharu, tular taktik yang didakwa satu cara penipuan di mana pihak yang tidak dikenali memberikan botol secara percuma dan dilet
Viral

Jijik! Beli Air Keladi Tepi Jalan, Pakej Bangkai Cicak! - “Ingatkan Cincau, Rupanya…”

gempak
03/04/2024
06:55 MYT
Aduh ini parah ni siap ada bangkai cicak.
Laman Utama

[VIDEO] Dikecam Beli Botor Air ‘Kayangan’ Untuk Adik, TikTokers Aisyah Tampil Beri Penjelasan - "Kalau Pergi Sekolah Pakai Yang Murah Nanti...”

gempak
30/03/2023
22:50 MYT
Berbaloi la kalau mahal tapi berkualiti...
Laman Utama

Elak Masuk Penjara, Cardi B Mengaku Bersalah Baling Botol & Serang Pekerja Kelab

gempak
17/09/2022
08:12 MYT
Cardi B mengaku bersalah melakukan jenayah di sebuah kelab
Laman Utama

Rina Harun Cuci Simen Bersih, JKM: “YB Mencuci Kesan Najis Unggas & Cicak…”

gempak
26/12/2021
22:45 MYT
Mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak.