Netizen Kritik Baru Balik Umrah Tapi Pakai Seksi? Intan Najuwa Mohon Jangan Menilai Luaran Seseorang

Shahrin Zulkifle
Januari 29, 2023 14:00 MYT
Pelakon Intan Najuwa menasihati orang ramai agar tidak menghukum seseorang individu itu hanya berdasarkan penampilan luaran.

Kata Intan, 27, seseorang yang pernah dipandang buruk itu tidak mustahil mempunyai masa depan yang lebih baik berbanding yang lain.

Malah, ujarnya lagi sesetengah kelompok yang kelihatan baik itu pula belum tentu dijanjikan syurga kelak.

“Apabila kita menilai orang, sama ada dengan cara yang baik atau buruk, kita harus mengakui kekurangan kita dan pada masa hadapan orang yang buruk itu dia boleh berubah menjadi orang yang lebih baik di dunia dan akhirat.

“Kita tidak boleh menilai seseorang berdasarkan penampilan. Anda menilai seseorang itu alim, tetapi anda tidak tahu kehidupan peribadinya.

“Jangan anggap mereka berjaya ke syurga kerana penampilan luaran (janggut, hijab, niqab, cara bercakap dan lain-lain). Luaran seseorang bukanlah petunjuk yang jelas tentang diri mereka dekat dengan Allah,” katanya.

Intan berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories baru baru ini.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abd Wahid menjelaskan apabila melihat seseorang itu melakukan kejahatan, seeloknya mendoakan agar dia berubah.

“Apabila anda menilai seseorang sebagai jahat, mereka mungkin melakukan perkara yang jahat, tetapi jangan lupa masa depan mereka tidak pernah diketahui oleh anda dan mereka mungkin berubah.

“Apabila mereka sudah berubah tetapi anda tidak dan masih mempunyai fikiran buruk tentang dia, oleh itu sebaliknya berdoa untuk hidayah mereka.

“Insha Allah, Allah s.w.t akan membimbing mereka ke jalan yang benar atau kita mungkin orang yang dia ubah,” tambahnya.

Terdahulu, nama Intan menjadi bualan selepas dia memuat naik beberapa keping gambar yang menampakkan bahagian perut sewaktu bercuti di Dubai.

Apa yang menjadi pertikaian ramai adalah penampilan Intan yang dianggap keterlaluan selepas pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Umrah #Seksi #Intan Najuwa