Laman Utama
Netizen Kritik Keinginan Dr Sheikh Muszaphar Mahu Anak Ramai Tanpa Rasa Simpati Pada Isteri
Baru-baru ini, menerusi perkongsian di Instagram, doktor selebriti Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tips bagaimana mahu memujuk isteri untuk hamil bagi menyambut zuriat.
Begitupun, perkongsian angkasawan negara itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan segelintir netizen.
Lebih-lebih lagi apabila Muszaphar membalas komen seorang pengikutnya yang mengadu pengalaman melahirkan adalah satu pengalaman yang menyakitkan.
“Suami saya cakap yang sama juga. Tapi bila terbayang sakit meneran terus tak jadi. Biarlah seorang dulu. Bayangkan lepas bersalin hampir sebulan mimpi masuk bilik OT. It takes two to tango,” tulis pengikut Muszaphar.
Menerusi komen tersebut, Muszaphar membalas: “Kegembiraan melihat anak untuk pertama kali mengalahkan segala kesakitan,” tulisnya.
Netizen menyifatkan Muszaphar tidak mempunyai perasaan simpati terhadap isterinya.
“Macam la dia yang mengandung 9 bulan, menahan sakit contraction dan meneran atau kena belah kalu czer,” tulis seorang netizen.
“Saya tidak kisah tentang dia merancang keluarga tetapi saya rasa dia tidak patut buat kenyataan seperti ini kerana bukan dia yang alami kesakitan (bersalin),” seorang lagi netizen memberikan pendapat.
Bagaimanapun, ada yang memandang positif terhadap perkongsian Sheikh Muszaphar kerana dia merupakan seorang individu yang mampu untuk menyara sebuah keluar yang besar.
“Bitter teruk twitterjaya. Sheikh Muszaphar bukan minta anak sekadar minta, tengoklah dia jaga anak macamana, how he helped around the house, how he’s always been supportive of his wife’s career, how he hustles to financially afford the best for his family,” tulisnya.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.