Netizen Kurang Senang Adira Pilih Berguru Dengan Andika - “Please Tukar Coach, Alahai Kenapalah Dengan Mamat Whiteboard Ni Juga”
Mya Amri
22/10/2024 07:55 MYT
22/10/2024 07:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menjadi perhatian selepas berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menimba ilmu dengan pempengaruh kontroversi, Andika Putera.
Netizen kurang senang
Video itu juga turut memperlihatkan Adira begitu tekun melihat penerangan dilakukan Andika yang sedang menulis di atas sebuah papan putih.
Bagaimanapun, perkongsian Adira di akaun TikTok miliknya itu ternyata mengundang rasa kurang senang netizen.
Rata-ratanya mempersoalkan tindakan Adira yang memilih Andika sebagai guru kerana Andika sebelum ini pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga.
Niat nak tambah ilmu
Namun Adira menjawab pertanyaan netizen dengan ringkas menerusi ruangan komen.
“Niat kita tu nak menambah ilmu kak,” tulisnya.
Terdahulu, bekas isterinya iaitu Ananda Natasha sebelum ini membuat pendedahan bahawa Andika telah berlaku curang terhadapnya lebih daripada tiga kali.
Pendedahan tersebut dibuat menerusi muat naik beberapa tangkap layar yang mendakwa Andika berselingkuh terhadap Natasha bersama-sama dengan staf dan kawan baik bekas isterinya.
Susulan dakwaan itu, Andika memuat naik entri di media sosial demi mempertahankan dirinya daripada terus dituduh sebagai ‘kaki perempuan’.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Alisha Puteri.