Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Kurang Senang Inisiatif KKM Pasang ‘Lampu Biru’ Di Putrajaya Sempena #WorldDiabetesDay

Fiza Kamarudin
13/11/2020 10:00 MYT
Bangunan dan persekitaran di Putrajaya dilimpahi cahaya berwarna biru sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Diabetes Sedunia yang disambut esok.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, limpahan cahaya menerusi Kempen 'LightUpBlue@Putrajaya itu secara tidak langsung meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah diabetes yang semakin meningkat di negara ini.

Bagaimanapun inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu mendapat reaksi kurang senang daripada warganet yang berpendapat ia kurang sesuai dengan keadaan semasa.

Rata-rata mereka meluahkan rasa bimbang sekiranya ‘lampu biru’ di Putrajaya menarik ramai orang ke daerah tersebut, seterusnya mewujudkan kluster baharu.

Selain itu warganet juga menganggap ia sebagai satu pembaziran dan berpendapat lebih baik sekiranya kos untuk ‘lampu biru’ digunakan untuk membantu frontliners dan membiayai kos rawatan disebabkan pandemik covid-19.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, Dr Noor Azmi berkata, simbolik memasang ‘lampu biru’ adalah untuk menghargai peranan jururawat sebagai petugas barisan hadapan yang menyokong usaha mencegah dan mengawal penyakit diabetes di negara ini.

"Pencahayaan bangunan dan struktur ikonik di seluruh dunia dengan warna biru sering dikaitkan dengan Hari Diabetes Sedunia. Pencahayaan bangunan dan struktur ini menghantar mesej visual yang jelas dan meletakkan diabetes dalam agenda utama seluruh negara,” katanya.

Difahamkan bangunan dan persekitaran Putrajaya dengan warna biru bermula semalam sehingga 15 November ini.

"Selain memberi kesedaran kepada orang ramai, limpahan cahaya berwarna biru ini juga dapat menarik perhatian penghidap diabetes untuk terus menjaga kesihatan mereka," katanya
#Viral #Viral #Frontliners #KKM Lampu Biru
;