HIBURAN
Netizen Kurang Senang Lihat Aishah Menari, Ini Respons Tuan Badan - “Kerja Saya, Tak Suka Sila Scroll”
Penyanyi, Datuk Aishah tampil mempertahankan dirinya selepas menerima komen negatif daripada seorang netizen.
Menerusi, perkongsian video di TikTok, Aishah dilihat sedang menari sambil diiringi lagu popular yang sinonim dengan zaman kegemilangan bersama fan club satu ketika dahulu iaitu Call Me.
Namun, ada segelintir netizen yang seolah-olah tidak senang melihat aksinya itu.
Menjengah ke ruangan komen, ada seorang pengguna media sosial yang mempertikaikan usianya yang dianggap ‘tidak sesuai’ untuk melakukan aksi sebegitu.
“Tu la usia dah tua tak sesuai la,” komen individu tersebut.
Tidak berdiam diri, Aishah membalas komen tersebut dengan memaklumkan bahawa tiada siapa berhak meletakkan had kepada minat, kerjaya atau ekspresi seseorang walaupun sudah berusia.
“Mengata orang pada apa usia pun tak sesuai. Ini adalah kerja saya. Tak suka please scroll on. Let me do my job,” balas Aishah.
Tindakan Aishah itu mendapat sokongan ramai pengikutnya yang memujinya dan menyifatkan ia sebagai satu bentuk kebebasan berkarya yang tidak patut dipertikaikan berdasarkan usia.
“Pedulikan apa jua yang diperkatakan, yang penting kita tahu landasan. Well done, good job!” komen salah seorang pengguna.
Must-Watch Video