Netizen Kutuk 'Macam Syafiq Kyle Kena Sengat Tebuan', Ini Komen Empunya Diri!

Amri Hassan
Disember 31, 2019 07:15 MYT
Adik kepada pelakon popular Syafiq Kyle, Syazwan menganggap kecaman warganet terhadapnya adalah pembakar semangat.
Jelas Syazwan yang tidak berputus asa hadir ke sesi ujibakat Hero Remaja kali kedua baru-baru ini, dia terhibur dengan komen yang ditulis netizen di media sosial.
"Pertamanya, memanglah saya rasa sebelum ini tak ada orang tahu saya siapa, tapi tiba-tiba ada orang kongsikan di Twitter membahan saya.
"Saya ambil perkara itu sebagai pembakar semangat dan dalam masa sama tergelak juga bila tengok orang macam itu.
"Sebab saya tahu orang sebegitu mungkin tak ada kerja," katanya kepada Remaja.
Justeru, Syazwan menasihati orang ramai agar tidak menjadikan kelemahan individu lain sebagai bahan jenaka.
"Saya cuma nak cakap, sudah-sudahlah kutuk orang. Kalau rasa diri sempurna sangat, baru boleh kutuk orang. Sebab tiada siapa di dunia ini yang sempurna pun," tambahnya.
Tular di media sosial sesi ujibakat adik kepada Syafiq Kyle itu yang gagal mendapat tempat sebagai finalis Hero Remaja minggu lalu.
Malah, paparan skrin perbualan keluhan hati antara Syazwan dan abangnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber: Remaja
#Syafiq Kyle #Hero #Viral' #Remaja