Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Netizen Lega Sarah Yasmine Tak Kenal Nadhir Nasar - “Alhamdulillah Nadhir Clean"

Umirah Halim
28/04/2024 02:55 MYT
Pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine baru-baru ini mengejutkan ramai pihak.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram Storynya, Sarah memaklumkan dia tiada hubungan langsung bersama pelakon-pelakon kacak seperti Nadhir Nasar dan Mierul Aiman manakala hanya berkawam dengan Amir Ahnaf selepas disoal oleh seorang individu menerusi ruangan DM miliknya.

“Awak dengan Nadhir Nasar tiada apa-apa kan (hubungan)?,” soal individu tersebut.

“Tak ada. Tak kenal satu sama lain pun.

“Sama dengan Mierul dan yang lain, Amir kenalan sahaja,” jawab nya.

Peminat lega

Sementara itu, menjengah ke media sosial, ramai peminat Nadhir meluahkan rasa lega apabila selebriti mereka itu tidak terkait dengan Sarah Yasmine.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Alhamdulillah, Sarah Yasmine tak ada apa-apa dengan Nadhir Nasar. Tak kenal each other pun.

“Alhamdulillah Nadhir clean.

“Lindungi Nadhir kami, tak kira apa pun.

“Nadhir selamat dari plot twist ni.

“Weh gila menggigil artis Malaysia sekarang, takut kena bom sebab nama tiba-tiba je naik,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, Sarah Yasmine telah memberikan respons selepas pelakon Meerqeen mengatakan bahawa mereka tidak mengenali satu sama lain dan hanyalah berhubungan sekadar selebriti dan peminat.

Susulan itu, Sarah telah tampil dengan tangkap layar yamg memaparkan perbualan ‘mesranya’ bersama Meerqeen setelah tidak dapat menerima tanggapan dia digelar peminat.

Berita Trending: Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak

Berita Trending: Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”

#Aliff Aziz #Astillah #Sarah #Nadhir Nasar #Mierul Aiman #Sophia #'Bella #'Ruhainies #Yasmine
;