HIBURAN
Netizen ‘Love’ Bukan Lagi Kita Versi Aishah - “Masuk Intro Dah Naik Bulu…”
Penyanyi, Datuk Aishah meraih perhatian netizen selepas menyanyikan semula lagu hit daripada Nadeera Zaini iaitu Bukan Lagi Kita.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin akui gemar dengan beberapa lagu yang dinyanyikan oleh generasi baru.
“Bila lagu yang indah dinyanyikan oleh generasi baru, kadang-kadang ia menyentuh hati kita yang lama,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji gaya nyanyian penyanyi berumur 60 tahun itu.
“Mantap, kalau ada versi akustik mesti padu.
“Nape sedap sangat ni.
“Masuk intro dah naik bulu roma, kalau habis nyanyi lagu ni mahu tercabut terus bulu roma ni, terbaik dato.
“Dia punya feel tu sampai kita sini pun rasa.
“Mantap la, cara menyanyi betul-betul berilmu dari segi lontaran bahasa, suara dan tekanan nada suara,” komen netizen.