Laman Utama
Netizen Makan Bergelap, Berpeluh... Restoran Haqiem Rusly Dikecam? - "Macam Ni Kedai Selebriti Famous Sangat Tu?"
Jika mengikuti perkembangan penyanyi Haqiem Rusli, pasti anda mengetahui yang pelantun lagu Mimpi itu kini mengusahakan kedai makan stimboat di ibu kota.
Namun, baru-baru ini, netizen meluahkan rasa kecewa apabila servis yang diberikan oleh kedai makan berkenaan tidak menepati standard seperti diharapkan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok, netizen yang mengunjungi kedai makan tersebut terpaksa makan dalam keadaan gelap serta panas.
@amalhusnaa
Indah khabar dari rupa.. menghampakan huhu..♬ original sound - Husna
Sungguhpun telah menempah dengan lebih awal, namun, dia dan rakan-rakannya diberi meja yang jauh daripada kedai sehingga menyebabkan sukar untuk mengambil makanan.
Lebih memburukkan keadaan, pinggan dan mangkuk juga didakwa tidak mencukupi dan pelanggan terpaksa berkongsi sesama sendiri.
Menerusi ruangan komen, ramai yang turut berkongsi rasa kurang berpuasa hati terhadap servis ‘ala kadar’ yang diberikan oleh kedai milik Haqiem.
“Dia ingat nak buat candle light dinner ke gelap-gelap ni?"
“Haqiem, tolong buat sesuatu. Isu ini serius. Bukan hanya keuntungan semata-mata. Kesian pelanggan ni.”
“Biasalah dapat tiket famous untung mesti banyak. Awal-awal ni diaorang seronoklah, dah lama nanti jadi jemu.”
Untuk rekod, Haqiem pernah memberitahu yang gerai makan stimboat berkenaan diusahakan bersama isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.
Must-Watch Video