Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Netizen Malaysia Puji Singapore Airlines Beri Bonus 8 Bulan Untuk Kakitangan - "Padu!"

Muhammad Firdaus
17/05/2024 09:55 MYT
Baru-baru ini dikhabarkan bahawa kakitangan Singapore Airlines akan menerima ganjaran bonus bersamaan sekitar lapan bulan gaji, berikutan prestasi kewangannya yang cemerlang.
Menurut sumber, bonus berjumlah 32 minggu yang bakal diterima itu adalah susulan daripada insentif perkongsian keuntungan, di mana ia mencerminkan pengiktirafan syarikat penerbangan itu terhadap dedikasi dan kerja keras pekerjanya.

"Bonus ini, yang bersamaan dengan 7.94 bulan gaji pokok, bukan semata-mata aksi spontan tanda kesyukuran, tetapi sesuatu yang telah dinyatakan dalam perjanjian yang telah lama terjalin dengan kesatuan syarikat penerbangan itu, mewujudkan hubungan harmoni antara syarikat dan tenaga kerjanya," tulis laporan itu.

"Padu!

Melihat kepada perkhabaran baik itu, netizen Malaysia mula mengucapkan reaksi positif terhadap insentif yang dijalankan oleh syarikat itu terhadap kakitangannya.

Catat Peningkatan 24 Peratus

Sekadar info, syarikat penerbangan Singapore Airlines meraih keuntungan bersih sebanyak 2.67 bilion dolar Singapura (RM9.29 bilion) bagi tahun kewangan 2023-2024 (FY23/24), mewakili peningkatan 24 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Kumpulan itu melaporkan jumlah pendapatan sebanyak 19.013 bilion dolar Singapura (RM66.18 bilion), menandakan peningkatan 7.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

"Pendapatan penerbangan penumpang meningkat dengan ketara sebanyak 17.3 peratus, mencecah 15.69 bilion dolar Singapura (RM54.62 bilion), didorong oleh pemulihan di Asia Utara dan pertumbuhan trafik penumpang yang teguh,' kata laporan itu.

BERITA TRENDING: Pesawat Garuda Indonesia Lakukan Pendaratan Cemas Selepas Enjin Terbakar

Sumber: AWANI

#Viral #Netizen #Malaysia #Singapura #Berita #Penerbangan #Bonus #Kerja #Singapore Airlines #Kapal Terbang